Muka Laman

Friday 28 September 2012

Sick Mentality..

Wawasan 2020, a mission which really enlighten my small heart. It's born from a paperwork titled "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" presented by previous Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamad during the Malaysian Trade Council on 28 February 1991. The 9 objective hold by this mission was a man-thought  that base on that day socioeconomic  development.
That objectives of this are :

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

The objectives of this mission focus on develop a better Malaysian. Every aspects that needed by the people are highlighted. The balance between social , economy and politic is the priority. The unbalance scenarios such; social more than economics and politic or politic more than social and economy or economy more than politic and social, will cripple the objectives of this mission.


Bringing this to current days, how far has our nation fulfill the objectives of this mission for the past 21 years? What I'm observed, we has been crippled as the unbalance between social economy politic not meets. For most, the development of Malaysian still uncharted. Maybe we have KLCC, Menara Kuala Lumpur, Putrajaya and F1 Sepang. But, do we realize all this was developed during the era of 1990's. The existence of KLCC which reign the title of the tallest tower in the world from 1998 - 2004, has made Malaysia known to world. This was a good start in achieving the "Wawasan 2020". However, this effort was not continuously inherit which has become the cause of unbalance between social, economy and the politics. What has happened? as we go one by one the objectives : 

"Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara"

Malaysia has been unite and their citizen live in harmonious and has been cooperative. This was an improvement for Malaysian. If we look back in the era 60's and early 70's, the sickness of racial hatred was strong. The ultimate chaos that will always be dark history of Malaysia is the 13th May 1969 tragedy that has put around 200 life at cost. But do Malaysian this day know what the actually happened that spark the tragedy? It's happened because of the loyalty to a political party and the sickness of racial hatred that bring the unbalance between politics and socioeconomic. And this unbalance likely to emerge this day especially when the General Election period. This is what I call Sick Mentality..

"Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain"



Lagu Anak MERDEKA

 






Tuesday 11 September 2012

Setajam Sebilah Pedang Tajam Lagi Lidah Manusia

Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang paling bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear. Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan ianya adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya..senjata tersebut adalah FITNAH
Firman Allah swt :
و الفتنة أكبر من القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا
dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.
Surah Al Baqarah Ayat : 217
Bermula dari zaman pertarungan antara Qabil dan Habil yang bermula dengan api fitnah merebut seorang perempuan untuk dicintai akhirnya meletus satu kesan radiasi yang membawa kepada berlakunya pembunuhan dan itu adalah pembunuhan manusia pertama direkodkan di atas muka bumi dan ianya bermula dari fitnah serta dendam. [boleh rujuk kisahnya di dalam surah al Maaidah ayat 27 hingga 32].

Nabi Yusuf as terpaksa meringkuk di dalam penjara angkara fitnah. Nabi Yusuf as dituduh bermukah dengan Zulaikha, isteri kepada seorang pembesar istana. Plot dan drama fitnah itu dirancang selicik mungkin oleh orang – orang dalam istana yang bermula dari api fitnah Zulaikha akhirnya Nabi Yusuf as diseret ke penjara sementara Nabi Yusuf as sedia ke penjara demi mempertahankan maruah dan kesucian dirinya. Firman Allah : [boleh rujuk kisahnya di dalam surah Yusuf ayat 21 - 36]
 

Senjata fitnah sebagai senjata yang tiada nombor siri ini terus digunakan secara berleluasa di sepanjang zaman sehinggalah ke zaman Nabi kita Muhammad saw. Apabila Isteri Nabi saw, Aisyah rha. difitnah dan dituduh berzina dengan Sofwan bin Mua’attal al Sulami. Plot cerita yang disusun rancang oleh Abdullah bin Ubai bin Salul cukup meyakinkan sehingga sebahagian sahabat Rasulullah saw mencadangkan agar Nabi saw menceraikan sahaja Aisyah rha sementara sebahagian yang lain mempertahankannya. Malah Nabi saw diam tidak terkata, tambahan pula wahyu terhenti kira – kira sebulan lamanya. Sehinggalah akhirnya turun wahyu membebaskan keluarga Rasulullah saw dari belenggu fitnah yang direka.
 

Allah swt berfirman di dalam surah an Nuur ayat 11, bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.
 

Melalui sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu, jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata tanpa nombor siri [fitnah] ini untuk menjatuhkan lawan mereka samaada musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam pergolakan politik.
 

Malah kuasa besar dunia sekalipun lengkap dengan segala kekuatan tentera dan senjata, demi menjayakan misi penaklukan mereka ke atas negara – negara lain turut menggunakan fitnah bagi mencetus huru hara dan perang saudara serta pergolakan politik dalaman sebelum mereka menjadi “super hero” yang datang kononnya untuk misi menyelamat dan damai.
 

Dunia disepanjang zaman diletakkan dalam persaingan dan pertarungan fitnah. Manusia walaupun baik, lebih – lebih lagi manusia buruk memang berpotensi untuk menjadi mangsa senjata fitnah ini. Namun kebiasaannya manusia yang jahat [faajir] akan menggunakan senjata ini untuk diacu kepada lawannya. Justeru manusia yang baik [soleh] sekali – kali tidak akan bermain dengan senjata tanpa tuan ini.
 

Bukan sahaja individu akan derita sebaik sahaja terkena kesan radiasi fitnah ini, malah rumahtangga akan runtuh, masyarakat akan huru hara, negara akan binasa malah dunia hilang pertimbangan. Jika dunia mengutuk sekeras – kerasnya mana – mana negara yang membina dan menggunakan senjata nuklear kerana menyedari kesan buruknya, maka saya kira dunia wajar mengutuk berganda kali penggunaan senjata fitnah yang membawa kesan buruk dan dahsyat berlipat ganda.
 

Bagi kita ummat Islam malah juga perlu diambil iktibar [pengajaran] oleh non muslim akan nasihat dan panduan nabi kita Muhammad saw dalam menghadapi zaman penuh fitnah, krisis dan konflik ini. Terutama kepada mereka yang sering menjadi mangsa fitnah tanpa mengira apa tujuan atau objektifnya, wajar sekali menghayati wasiat dan pedoman Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw :
أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة و إن تأمر عليكم عبد فأنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ و أياكم و محدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة
Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah swt dan dengar serta taat sekalipun yang dilantik pemimpin ke atas kamu hanyalah seorang hamba. maka sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup dari kalangan kamu, nescaya ia akan melihat berlakunya ikhtilaf [ krisis, konflik dan fitnah ] yang begitu berleluasa , maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ ar Rasyidin yang mendapat petunjuk dari Allah swt dan hendaklah genggam sunnah itu seerat – eratnya dengan geraham kamu. Waspadalah akan perkara yang direka cipta maka sesungguhnya setiap perkara baru yang direka cipta [ dalam urusan agama kamu ] adalah sesat.
Hadis riwayat : Abu Dawud dan at Turmuzi dan katanya Hadis ini Hasanun Sohih.

Hanya taqwa serta keiltizaman kita kepada syariat dan sunnah Rasulullah saw akan menjadi perisai berkesan dalam menghadapi peluru fitnah dan kesan radiasinya. Meskipun fitnah itu melanda diri dan keluarga kita, insyaallah ketaqwaan akan menjadikan kita mendapat lindungan Allah swt dan kita berjaya mengatasinya dengan jaya.
Bersabarlah insan yang terfitnah dan semoga mereka yang menabur fitnah mendapat petunjuk Allah swt untuk kembali ke jalan yang benar, memohon ampun dan diredhai Allah swt.

Dipetik Dari:-selatanonline
Dicopy Dari:-nescafeais.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...