Muka Laman

Thursday 30 August 2012

Tanggal 31 Ogos

31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi kita semua rakyat Malaysia. Tidak kira apa bangsa atau pun agama, tarikh ini memberikan maksud mendalam bagi kite semua. Tarikh ini merupakan titik tolak bagi anjakan perubahan dan pembangunan di negara ini. Jika dahulu hanya bangunan 3 tingkat yang mengapai langit, kini kita sudah mempunyai bangunan setinggi 88 tingkat mencakar terus ke langit biru. 
Jika dahulu bidang pekerjaan dimonopoli mengikut bangsa yang mana Abu sekadar petani dikampung, Muthu sekadar penoreh diladang dan Ah Meng sekadar tokey kedai runcit kampung, kini segala telah berubah. Abu bukan lagi petani semata-mata, Muthu juga bukan penoreh semata - mata dan Ah Meng pula tidak lagi sekadar tokey kedai dikampung. Setiap rakyat telah merasai perubahan dan kemajuan yang telah dikecapi sejak pertama kali perkataan keramat 'MERDEKA' dilaungkan sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka.
Namun adakah kita, rakyat Malaysia yang terkemudian ini paham erti sebenar kemerdekaan? Adakah betul kita betul - betul telah merdeka?


Jika diungkai kembali salasilah tarikh keramat ini, perjuangan bagi mendapatkannya telah bermula begitu lama. Pada era zaman kesultanan melayu lagi pergerakan bagi menuntut kemerdekaan telah bermula. Namun pada masa itu pergerakan adalah berlandaskan untuk mengusir dan menghalang campur tangan kuasa luar negara ini yang pada masa itu tiada lagi dinamakn sebagai Malaysia tetapi Kesultanan Melayu. Antara mereka adalah :
  1. Dol Said
  2. Abdul Rahman Limbong
  3. Dato Maharajalela Lela
  4. Tok Janggut
Dan lain - lain lagi yang mana kita telah pun diajar semasa kelas Sejarah tingkatan 3.

Dalam menuntut kemerdekaan dari pada British, tanah kita pijak ini telah cuba untuk dijajah oleh Jepun pada 1941 - 1945 . Sengketa selama 4 tahun merupakan tahun kegelapan bagi rakyat Tanah Melayu Ketika itu. Pada ketika ini, PKM yang sekarang lebih dikenali dengan serangan kejam keatas Rumah Pasung Bukit Kepong, telah bangkit mengangkat senjata melawan Jepun bersama -  sama pihak British pada masa itu dengan menubuhkan Malayan Peoples' Anti-Japanese Army


Setelah kegagalan Jepun menguasai Tanah Melayu, British kembali berkuasa dan gerakan menuntut kemerdekaan diteruskan. Penubuhan Malayan Union oleh British telah mendapat tentangan hebat dari tokoh-tokoh setempat. Penentangan ini telah membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu


Apabila campurtangan kuasa luar semakin kuat dan pendedahan terhadap gerakan - gerakan yang sama di negara jiran, pergerakan perjuangan kemerdekaan ini diteruskan pula oleh golongan - golongan muda yang mana telah celik minda dan mengunakan kaedah - kaedah serta saluran yang lebih pelbagai. Pergerakan juga bukan lagi berpaksikan perjuangan persendirian tetapi telah diwujudkan pertubuhan atau persatuan bagi mengukuhkan lagi gerakan menuntut kemerdekaan. Antara pertubuhan/persatuan yang bergiat aktif dalam gerakan ini pada awalnya adalah :
  1. Parti Komunis Malaya (1930) 
  2. Kesatuan Melayu Muda (1938) 
  3. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) 
  4. Angkatan Pemuda Insaf (1946)
  5. Angkatan Wanita Sedar (1946)
  6. Hizbul Muslimin (1948)– which became PAS 

Pertubuhan / persatuan ini digerakan oleh :
  1. Abdullah CD (PKM) 
  2. Rashid Maidin (PKM)
  3. Shamsiah Fakeh (PKM) 
  4. Chin Peng (PKM) 
  5. Mat Indera (KMM and API)  
  6. Aziz Ishak (KMM) 
  7. Ibrahim Yaacob (KMM) 
  8. Ahmad Boestaman (KMM) 
  9. Dr. Burhanuddin Helmy (PKMM) 
  10. Ustaz Abu Bakar Al- Baqir (HAMIM)  
  11. dan lain - lain lagi...

Menjelang 31 Ogos 1957 ...

Setelah pembentukan Perseketuan Tanah Melayu, bermulalah era pergolakan politik di Tanah Melayu. Pertubuhan - pertubuhan politik yang mewakili kepentingan sama ada bangsa ataupun agama muncul. Perkembangan politik inilah yang membawa kepada

United Malays National Organisation (UMNO) yang ditubuhkan semasa Kongress Ketiga Melayu pada 10 May 1946 oleh Dato' Sir Onn bin Ja'afar menentang sekerasnya Malayan Union sepertimana tokoh-tokoh lain. 

Parti Islam Semalaysia (PAS) yang merupakan serpihan dari Hizbul Muslimim yang telah menyertai UMNO  telah muncul setelah pepecahan ulama didalam UMNO.

Malaysian Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Feb 1949 oleh Tun Dato Sri Sir Cheng-lock Tan dan Tun(Colonel Sir) Henry Lee Hau Shik atas dasar memperjuangkan kewarganegaraan bagi orang - cina.

Malaysian Indian Congress (MIC) telah ditubuhkan 1946 oleh John Thivy bagi mengetengahkan isu-isu sosial masyarakat India.

Salasilah lanjut bagi pertubuhan - pertubuhan politik ini diterangkan didalam artikel ini.

Tanggal 31 Ogos 1957...
31 Ogos merupakan tarikh bagi Tunku Abdul Rahman Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perdana Menteri pertama negara Malaysia melaungkan 'MERDEKA' sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka menandakan tamatnya era campur tangan british terhadap Persekutuan Tanah Melayu. Bermula dari sinilah anjakan perubahan dan kemajuan bagi Perseketuan Tanah Melayu yang kemudiannya diubah kepada Malaysia pada 16 September 1963. 




 

Namun kini...

Setelah 54 kali Hari Kemerdekaan disambut, adakah kita benar-benar telah merdeka?
Secara fizikal kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa melainkan cubaan penjajahan yang dilakukan oleh Jepun keatas Tanah Melayu. Oleh itu, sebenarnya dari siapa atau apa kita merdeka? 





Menjelang 31 Ogos 1957





Tuesday 14 August 2012

INTERNET BLACKOUT : Stop Section 114A


What is Section 114a
Section 114A is the second of two amendments made to Malaysia’s Evidence Act 1950. Law Minister Nazri Aziz tabled the second amendment, formally known as Evidence (Amendment) (No2) Act 2012, in Dewan Rakyat on 18 April. James Dawos Mamit supported the motion, and Section 114A was passed after the second and third reading. On 9 May, Dewan Negara passed the amendment. The amendment was gazetted on 31 July 2012. This means the law is now operational. 

More info on STOP114A

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...