sedang syok aku mengodeh-godeh youtube, aku terjumpe lar video ni
aku pun dengar sampai abeh. actually pasal buku jingga ni memang ak da dengar banyak kali tapi xpikir plak ape benda yang ade kat dalam tu. so aku semangat la tengok video ni sebab nak tau ape bendakah ini semua. ape yang ak dapat dari video ni adalah diorang mempertikaikan adakah isi kandungan buku jingga ni khayalan yang bersifat populis ker atau ini betol-betol bukan maen-maen terutamanya berkenaan dengan janji 100 hari puak pembangkang. tapi diorang xciter ar plak psl buku jingga ni aper ataupun diorang xbace pon buku jingga ni. aku pun xtahu la. so, biler da macam tu ak pun dengan sepantas kilat meng'GOOGLE' buku jingga pdf yang mana memaparkan banyak capaian psl buku jingga ni. dan secepat kilat aku pilih link ini BUKU JINGGA. aku pilih sebab die pdf senang nak baca. tapi xperasan pelak ak yang ni dari dap punye site mula-mula coz da excited nak tau ape die natang ni sebenarnya. so, scroll punyer scroll ak pun jumpe la bab 100 hari ni. die ade 10 perkara iaitu :
1.Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan
PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem
pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi
lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh
kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi
kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion
kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung
perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji
semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan
sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan
guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua
konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua
rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang
yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan
Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut
pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
ak kalerkan jingga ikut nama buku die. pada aku propaganda ni xdela mengkhayalkan sangat, boleh dibuat cuma 100 hari ke tidak tu xtau ar. tapi secara populis nyer 10 pekara ni memang susah nak dilaksanakan jika xde kerjasama dari pelbagai pihak. aku sebagai rakyat marhean yang tidak memihak kepada mane puak merasakan memang boleh dilaksanakan. dan sebahagianya memang pun suda tersedia wujud dan telah dilaksanakan sebelum ini cuma tidak ditadbir urus dengan baek saja.jika begini, tak perlu untuk kena tukar kerajaan pun tapi tukar orang dalam kerajaan da cukup. sebab yang menyebabkan huru hara ni bukan kerajaan tapi orang yang dalam kerajaan itu sendiri. jika ini yang dijaja oleh puak pembankang ak nak tau jgak ape plak yang akan dijajakan oleh barisan nasional yang mengetuai kerajaan sekarang ini. selama ini kat tv - tv selalu ditayangkan psl janji ditepati, 1malaysia itu ini dan lain-lain sampaikan ak da muak nak tengok mane taknyer setiap kali iklan ade jer. tapi syabas gak ak nak ucapkan pada company yang buat iklan - iklan tu coz diorang memang berkreativiti tinggi. cuma tu la biler da selalu disajikan dengan hal2 macam tu macam best ar plak. macam xde lain. sudah ketandusan idea ker mereka - mereka yang berkenaan ni termasuk lah kes yang terbaru ni. Logo kemerdekaan oleh Hamid dari SMK Ulu Tembeling . aku bukan nak membangkang tapi aku sayang negara aku ni. bukan senang nak merdeka, rakyat dulu-dulu terpaksa bertumpah darah, bukan tumpah keringat sahaja. alhamdulillah keadaan sekarang kita aman dan makmur. cuma ade sedikit lagi yang perlu diperbetulkan. tiada manusia yang sentiasa betul tidak kira dari mana pihak sekalipun. perbetulkan yang sedikit ini dan jangan biarkan ia menjadi najis suatu ari nanti yang mana boleh menggugat negara kita ini. dan ak pun da malas nak menaip lg.so bejumpa kite lagi...
p/s: rakyat yang berdaya saing akan mewujudkan negara yang berdaya saing.
No comments:
Post a Comment